Resepi

Sunday, 25 January 2015

Resipi #9 Fruit Yogurt Cereal Parfait

Haaa ni excited sangat nak share 1 resepi ni.
Since kite smue baru masuk tahun baru 2015.
So its better untuk share resepi yg healthy.
Lagi satu azam tahun ni nak kurus la katakan.
Hehe...

Ok ni resepinyer.


Kalau sekali tengok eeee ape tu.
Tapi kalau masuk mulut hmmm sedap.
Ok inila dia "Fruit Yogurt Cereal Parfait" aku.
Kalau nak tau ini ler breakfast aku last week.
Isnin sampai Jumaat.
In short ini ler "breakfast-on-d-go" aku.

1. Memang Jimat Duit - kalau tak pagi2 aku beli breakfast kat opis je dah melayang duit tak kurang pun RM5 sure abis nyer. so aku cadangkan korang bawak ni. RM5 x 5 days dah RM25 untuk breakfast seminggu. Itu baru minimum katala RM5 kan. so ini adalah options terbaik yang bole korang follow. serious memang jimat.

2. Simple Resipi - resepi ni memang simple nak sediakan. barang2 nak sediakan pun senang je. Korang cuma perlu beli barang2 ni je.


Ok kat sini ada Yogurt, Special K Kellogg's Cereal and fruits. kalau tengok barang yang dibeli bole dikatakan mahal tapi kita fikirkan satu je khasiatnyer terbaikk. At least badan kite makan benda2 elok dan berkhasiat so that kite bertambah sihat.

3. Healthy Eating Habit - yes, azam tau baru nak kurus. so kenala create healthy eating habits ni. so far aku dah makan ni for breakfast kat opis for 5 days. Korang bole makan dalam kete if letak dalam container yang sesuai macam aku pakai tu. Aku pakai tumbler "Lock-n-Lock" favourite aku ni. at first memang tekak ni rase a bit janggal ackward coz kite kena fine tune taste bud kite. ye la tekak ni asyik nak bihun goreng bihun goreng je pepagi. so tetiba lain plak. hehe. cuma dah lebih 2 days tu taste bud dah bole terima. apa2 pun nak sihat kurus kena la sacrifice sikit kan. dan aku kalau bole nak habit ni berterusan. 

4. Khasiat Fruits - kalau nak tau fruits macam jenis berries ni kan menang elok. aku beli strawberries blueberries and raspberries. ntah aku memang suker fruits camni ciz sedap manis and senang nak handle.

5. Senang Nak Sediakan - haaa bab ni best. kalau nak sediakan. first basuh buah2 tu ikut banyak mane korang nak. pandai2 la korang. then korang letak buah bawah sekali. then layer ngan yogurt sikit and then letak cereal tu. repeat kali kedua. sampai ada layer2 sikit tu dah siapla. tadaaa....

Kesimpulannya if kite makan and sediakan resepi ni. kite akan rasa perut selesa sikit and tak berat sangat pagi2 sebelum buat keje. plus resepi ni bole buat perut tahan sampai nak dekat lunch tau.

ok selain tu last week aku dah start pegi gym balik. dah start balik normal routine. yahooo...aku admit bulan december last year routine gym dah ke laut. so aku restart balik and aku happy with d result so far.

nak tau lebih lanjut bole follow insta aku. basically lots of updates on d latest fitness healthy journey aku post kat situ. 

Thursday, 1 January 2015

Wishlist 2015




Hari ni 1st day 2015. Salam Tahun Baru untuk semua n follower blog ni.

Aku xde nak citer ape cuma nak list down wishlist 2015 aku ni...so that aku stick n cuba capai apa yang x tercapai sebelum ni and add other wishlist baru. Cukupla wishlist beberapa kerat ni. Kalau banyak sangat tak tercapai plak. Kannn...so here goes wishlist aku ni...

1. Be a better muslim, wife and ibu

Aku letak wish ni paling atas sekali. Ntahla semalam last day 2014 aku rase macam sebak hiba sampai ke pagi ni. Aku macam x tau nak cakap camner kat sini. Aku rase macam mungkin selama ni aku cakap je nak improve part ni tapi in fact aku tak buat sebaiknyer.

As to b better muslim kalau bole aku nak improve sikit2. Ada masa tu kadang sembahyang pun x cukup 5 waktu. Sibuk itu ini sampai yang wajib aku x buat. Berdosa aku ni...so aku nak perbaiki diri tahun ni. Cukupkan ape x cukup. Selama ni contoh baca quran yassin bole practicekan nape 2014 jadi kurang plak. Itu aku pun x faham... :( Aku nak this year aku buat better. Aku kena usaha lebih. Amalan kena lebih dan berdoa lebih. Banyak yang aku nak mintak dpd Tuhan tp aku kena usaha lebih spiritual n physical. But first berdoa diberi kesihatan yg sebaiknya so that dapat buat spa yang termampu dengan izin Tuhan. Insyaallah...

Aku pun nak jadi better wife to hubby better ibu to kids. Kesian plak selama ni asyik makan kat luar. Beli tapau je. So this year kalau bole nak masak kat umah kurangkan makan kat luar. Masak weekends if weekdays busy sangat. Aku kena usaha lebih bab2 ni. Aku keje memangla letih kan balik dah tersadai. Aku tension gak keje keje keje...tapi nak buat macam mane kena keje gak...

To hubby n kids...I/ibu mintak maaf sangat2 sebab selama ni mungkin terabai skit sebanyak tanggungjawab...mintak maaf sekali lagi. Dari semalam aku senyap je buat self reflection so that aku be better nak jaga hubby and kids2. Aku x tau ajal maut bile tapi sekurang2nya Tuhan tergerakkan hati perasaan ni untuk betulkan niat aku ni. Actually banyak benda aku nak buat nak improve tapi setakat ni je aku tulis kat sini.

Ya Allah permudahkanlah...

2. Nak lose weight by at least 5kg

Dari dulu sampai now wishlist ni x pernah nak tercapai. Sedey kan...so this year aku kena kuatkan azam aku ni. Kalau boleh aku nak turun gak. Dorang kata kalau nak wish camni elok be specific. So kat sini aku wish sangat turun 5kg at least la ye. Aku nak setla in 6 months time b4 raye bulan 7 nanti berat turun 5kg. Kalau lebih bagusla...raye bole pakai baju cantik2. 

If yang follow blog ni tau yang aku pegi gym kan...awal2 tu aku macam gym addict tau...rajin kobar2. Tapi lately sejak trip korea ari tu aku dah kurang plus fitness gym buddy aku dah pegi ipoh ikut hubby. Tak best...aku ade pegi 2x last week. This week tak pegi...ntahla patut continue ke tak gym membership ni then buat beli equipment 4 home gym ke kan. But then aku still x decide camner. Yang aku tau aku kena turunkan gak berat aku ni.

3. Family holiday pegi Singapore

Aku rase this year 2015 aku kena improve family bonding. So aku ada terfikir bonus bulan 3 or 4 dapat nanti nak save untuk trip ke Singapore ni. Trip tu yg main thing is nak ke USS Singapore la. Sepatutnye last year nak pegi tp x kesampaian. Wish this year dapat pegi sefamily. Baby H pun dah masuk 3 years kalau pegi aku target hujung tahun ni bulan Nov or Dec ke.

4. BFF trip to Melbourne Ozzie

Trip ozzie ni ialah trip pompuan2 je. Trip BFF namenyer, aku ngan 2 org BFF je pegi. Tiga orang kami la semuanyer ye. So plannyer nak pegi bulan 8. So trip ni if possible aku kena buat savings every month. Katala flight tix dalam RM800...so aku dah kena start buat simpanan dalam RM200 (dec - march). Kalau beli flight tix awal pandai2 la we all carik duit lepaskan flight tix dulu. 

Then next untuk accomodation travel car rental foods shopping semua tu aku akan start savings gak. Contohnya kalau pegi 5 to 7 days aku budget acco and travel tu sorang dalam RM100. Cost share 3 orang consider okla jugak kan. Kalau 5 days dua2 cost tu total RM1000. So for benda2 lain makan shopping etc tu kan subjective sikit so pandai2la aku buat saving from now on.

Kalau nak bagi cantik plan, aku kena simpan duit 4 flight tix, acco and travel cost dalam RM1800. Kira RM2000 la senang. So aku kena save dalam RM250 sebulan. Kalau ada lebih saving tu pegi untuk part foods n shopping. Kalau nak lebih cantik lagi, bonus dapat bulan 3 or 4 ni trus put aside some amount for foods shopping tadi tu kan. Ye tak?

Why aku nak pegi Ozzie? Actually dulu waktu belajar x kesampaian nak sambung study overseas. Time nak pegi tu tahun tu ekonomi gawat. Asian financial crisis. Huhu sedey...

So aku simpan cita2 nak pegi gak suatu hari nanti. Insyaallah kalau tuhan permudahkan sampaila aku nanti. And hope gak trip ni menjadi pegi bertiga dapatla budget travel sikit kan. 

Why Melbourne...not tempat lain...ntahla maybe BFF aku sorang ni dah pernah pegi. And die nak pegi lagi so I follow je la. Lagi satu sebab highlight of d trip nak ke Great Ocean Road (GOR) kot. Tempat tu kan one of d amazing place...so please google if nak tau lebih lanjut. Hehe. Plus nak pegi tengok penguin kangaroo koalas etc. Nak shopping corelle pyrex fossil oroton semuala...mak aiii..

Ok in short simpan cita2 nak pegi melbourne ni baik2...simpan cuti keje sebaiknya gak...jangan lupa buat saving every month. Bonus dapat jangan joli katak kena simpan for trip melbourne ni so that pegi nanti dapat buat ikut plan and enjoy sepuasnya.

5. Family holiday pegi mana2 island kat Mesia

Ok ni another family trip yang aku wish sangat we all dapat pegi. Actually kalau nak cakap pasal island kan...we all ni betul2 jarang la nak terpikir pasal trip island2 ni. Macam x bape masuk skit trip2 camni. Entahla...tapi sejak pegi Pulau Langkawi ari tu macam best je. Tapi time tu we all dok kat area Kuah town. Best tu best tp maybe town area macam x kesampaian feeling pantai2. Even tho dok kat De Baron hotel tu ngadap laut tapi teringin nak dok kat Pantai Cenang ke kann...tapi hubby x nak repeat trip Langkawi...

Tapi takpela kite carik island2 lain dalam mesia ni kan. Ada lagi yang best. Lagi satu teringat sangat camner d kids happy especially Baby H kat Langkawi. Ngan angin sepoi2 bahasa...relax je lepas tangan bagi die jalan2 strolling...

So trip ni pun nak manfaatkan duit bonus nanti. Penat2 keje at least duit bonus untuk family bonding tak rugi ke mana daripada perabis x tentu pasal kat benda2 lain. Hope wish ni tercapai...

ok itu je...happy 2015 u all.