Assalamualaikum
Hari ni nak share satu resepi istimewa. Resepi Sup Makaroni. Sup Makaroni ni one of favourite food kami sekeluarga. Iyeee kadang2 tu bile dah boring nak masak ape,...haaa terus terpikir nak buat sup ni. Sup ni pun simple je. Senang nak buat. Percayalah...
Resepi ni guna tulang daging je tau. Ikut suka hati masing2 nak letak daging atau ayam ke ye. Aku letak tulang je. Sedap dapat gigit2 tulang tu.
Nak buat die senang jer.
1. Mula2 basuh tulang daging dan ketepikan. Lepas tu tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk juga sedikit bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga. Letak juga sedikit dua2 adik beradik jintan tu. Tumbuk agak2 nak dekat lumat.
2. Sediakan periuk dan letak air agak2 bole match dgn kuantiti tulang daging tadi. Ambik bahan2 tumbuk tadi dan masukkan ke dalam periuk. Letakkan juga rempah sup. Buka api dan masak hingga tulang daging lembut.
3. Then masukkan tomato, kentang dan carrot. Biarkan masak dan lembut sebati.
4. Sambil2 tu rebus makaroni dan dihidangkan bila sup tadi dah masak. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.
Sup Makaroni ni sesuai sangat dihidangkan bile demam ke, xde selera ke dan untuk kanak2. Serious sangat2 sesuaiiii...
Lagi satu daripada makan spaghetti je kan mesti boring. Makaroni yang direbus tu plak kalau x abis bole buat makaroni goreng. Haaa kan x membazir namanyer.
Seriously Sup Makaroni ni bile letak dalam mangkuk brand Tupperware ni nampak betul2 appetising.
Nampak tak? Ke aku sorang je perasannn...hahaaa...
Nampak tak? Ke aku sorang je perasannn...hahaaa...