Saturday, 29 August 2015

Resepi #11 Ikan Tenggiri Masak Pindang

Hello...☺

Baru nak update blog after sekian lamenyer.
Busy sampai x sempat.
Slalunyer sempat gak.
Tapi tahun ni keje menimbun2 kat opis.
Ni dah 2 bulan lebih x cuti.
Nak kata position tinggi xder ler kannn.
Hahaaa...
Nasib badan la ye.
Aku kena byk2 sabar.
Hujung tahun baru cuti giler2.

So ari ni ari sabtu.
Takde plan nak gi mane.
Weekend ni kirenyer weekend merdeka la.
So cuti dapat la sampai isnin.
Tp we all x plan ape pun.
Just rehat2 je.
Ni pun tetiba time masak tadi teringat blog ni.
So ape kate kite update skit.
Kesian blog aku ni.
Baru ade 5 entry tahun ni.

Ok today nak blog pasal main masak2 tadi.
Aku masak 'Ikan Tenggiri Pindang'.


Ni diaaa.
Senang sangat2 resepi. 
Aku ni jenis kalo bole masak simple2 je.
Lagi satu lauk or kuah pindang ni sedap.
Bile makan lembut je masuk perot.
Hirup kuah yg penuh khasiat tu panas2 camtu.
Fuhh sedap terangkat.
Budak2 pun suker.
Slalunyer lauk pindang ni kena ada matching die.

So macam ari ni.
Ni jadik main lauk.
Aku cuma buat lunch je.
Pindang ni ade 2 keping ikan je.
Sebab tadi aku beli tenggiri 4 keping.
2 utk pindang.
2 utk goreng garing2.
Just nice je kuah die.

Haaa...nak makan kena ade...
a. telor dadar
b. ulam ulaman
c. sambal belacan.
d. ikan goreng garing rap rup rap rup.

Haaa...cuma aku buat skit sayur campur.
Sayur carot cauliflower kacang panjang skit.
Sayur ni utk Baby H.
Takkan nak bagi ulam ulaman plak.
Muntah ijo anak aku.
Hahaaa...

Ok ni nak share resepinyer.

Bahan-bahan:-
2 keping tenggiri
3 ulas bawang kecil - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar merah - tumbuk
1 biji bawang besar kuning - belah 4
1 cm halia - hiris 
1 cm lengkuas - hiris
3 batang serai - diketuk
2 cm kunyit hidup - hiris
sedikit air asam jawa
sedikit garam

Cara memasak:-

Satukan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
Letakkan bahan hirisan.
Letak serai dan bawang besar kuning.
Letak air, agak2 sukatan.
Masak sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit air asam jawa.
Masukkan ikan tenggiri.
Perasakan dengan garam.

Dah siapppp...selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment