Friday 21 February 2014

February Do 1 Thing This Month! Clean Your Fridge.

Aku fikir punye fikir apa nak buat bulan ni last2 buat ni. Ok this time aku nak kemas fridge plak.

Fridge kat umah ni yg kemasnyer aku sorang. Jgn harap yg lain nak kemas. Dorang cuma pakar amik barang dlm fridge je. Iyeee. Tak pecaya?

Satu habit yg obvious kat umah ni...satu rumah hantu air. Memang hantu air beli mcm2 sampai x tau nak letak camner. Mcm2 air favourites regular kat fridge ni including Vitagen Baby H tapi tengokla ni...OMG messynyer.



Ok camni ler jadinyer bila aku x kemas. Beli banyak2 and letak je. Berlambak2 macam bukit. Inipun dah keluarkan sikit letak kat luar fridge coz nak amik gambar tunjuk isi perut fridge ni.

Fridge ni pun x besar. Bentuk memanjang keatas. Of course space limited so aku kena fikir how to maximise limited fridge space ni. This time aku x clear freezer atas and sides area fridge ni coz ok jer. Still ok so far.

Camner aku kemas? 1st thing 1st, bila nak kemas fridge x bole nak lama2. Bole rosak fridge. So aku start dpd bawah ke atas. Aku keluarkan semua barang2 kat area bawah sekali dulu.


Sambil tu otak aku fikir camner aku nak letak balik and susun barang2 esp drinks tu elok2. Aku wipe out dirts tu then aku masukkan barang2 semula. Aku buat kat lagi 2 shelf tu. Setiap proses tu kena buat cepat. Jgnla kita kemas pas tu half way check handphone pas tu kemas balik.

Apa pun finalnyer jadik camni.

Oklaaaa gak dpd sebelum ni kan. Hehe.


Dalam nak x nak kemas. Aku buat gak. Hmmm bagus kan buat camni. 1month 1goal.

Lagi satu aku ada gak survey macam2 cara nak organise fridge ni.

Cantik x fridge organisation ni? Kalau boleh aku nak fridge kemas macam ni.

source: google

So check2 ler fridge tu and kemas ikut ideas ni ye.

Tuesday 11 February 2014

#1 Make Up Story: Clean and Care For Your Make Up Brush!

Entri sebelum ni aku ada mention pasal beli something from MAC. Salah satunya beli lipstick from MAC. Tapi beli lipstick ni bagi aku macam citer biasa je. Yang paling best sekali ialah kalau aku beli brushes from MAC. Memang giler excited happy kalau beli. Everyone tau MAC brushes memang mahal. So aku beli pun sikit2...beli satu, then beli satu gi. Sikit2 lama2 jadik banyak kan. Hehe.

Aku start explore make up ni in early 2011. So make up items the earliest aku beli mostly from MAC. Aku dah start using MAC products since March 2011. Time tu aku beli "a must have" items only from MAC. Nanti ler aku citer sikit2 benda apa d earliest aku beli from MAC.

Today aku semangat nak citer pasal make up brushes. Kalau nak tau ni ler brushes yang aku ada now. Sikit je kan. Alahai...kesian. Kalau tengok orang lain berlambak brushes dorang. Tapi aku tak nak beli banyak tapi x pakai pulak. Itu dah namanyer membazir. Kannnn?


Ok aku ada 6 brushes je ye.
From left, 4 brushes tu from MAC.
Yang lagi 2 tu from BENEFIT.

Brush #2 from left tu baru je beli. Refer entri sebelum ni. So all this while aku guna 5 brushes ni je utk make up.

#1 MAC 191 foundation brush
#2 MAC 130 foundation brush
#3 MAC 182 mini kabuki/buffer powder brush
#4 MAC 212 eyebrow brush
#5 BENEFIT  blusher brush
#6 BENEFIT  eye shadow-liner brush (but jadik concealer brush) 

So tau ler kan nak beli brushes ni harga brushes semua mahal2. Tapi xpe ini dah kira macam make up investment. Beli macam brand MAC ni berbaloi la gak. Brushes ada quality & tahan lama. Tengokla semua brushes tu. Semua kecuali brush #2...semua beli in 2011. Tengok dah bape tahun dah...tahan kan.

So bila dah buat investment cam ni yang penting is penjagaan brushes ni. Kita kena jaga brushes ni seelok-eloknya. Kita kena ingat ye penjagaan brushes ni penting bukan setakat beli make-up je. 

A few tips to share:-

1. Kalau boleh clean up brushes every two to four weeks. Why? Ini kerana setiap brushes yang digunakan mudah terdedah pada jangkitan kuman dan bakteria. Bukan itu sahaja, brushes yang digunakan setiap hari boleh menyebabkan product2 seperti liquid foundation atau eye shadows terlekat dan terbentuk pada brushes. Kalau kita biarkan brushes ni tak terjaga bole menyebabkan 'skin breakout' iaitu suatu yang perlu dielakkan.

2. Teknik nak clean up brushes ni mestilah betul dan kena dengan caranya. Kalau boleh Ikut je cara2 aku seperti di bawah ni ye.

Aku selalu clean up brushes macam ni. Aku guna kitchen towel je and aku lipat 4 mcm ni. 


Then aku "squirt" sikit MAC Brush Cleanser tu kat kitchen towel tu. Bila cuci, brush tu buat 'stroking' moves and bole balik2kan kitchen towel tu sampai cleanser tu abis.


1 brush 1 kitchen towel. Start cleaning satu2 sampai brushes tu bersih dan keringkan. MAC brush cleanser ni senang coz dia quick dry kan brushes ni. 


Brush baru tu pun kena clean dulu b4 guna ye. Brush sedia ada tu mak aaiii kotornyer. Bila last aku cuci ni? Hehe.

Seelok2nya foundation brush tu basuh daily. Why? Coz foundation brush kita guna utk liquid foundation senang nak catch germs etc. Kalau xnak every 2, 3 days ke. Tapi elok daily la utk kesihatan kulit muka kita gak kan. Yang lain tu buat weekly pun ok.

3. Seelok2nya gunakan brush cleaner sebab senang dan ringkas sebab tak perlu nak keringkan etc. Kalau gunakan baby shampoo kena basuh bawah sink tap dan lalukan air dengan buat stroking moves atas tapak tangan sehingga bersih. Make sure basuh dihujung2 brush sahaja. Jangan sampai terkena atau terendam sehingga terkena permukaan gam diantara brush and batang brush tu. Ini boleh menyebabkab bulu brush tu boleh tertanggal. Kemudian, brushes perlu dikeringkan ye. Gunakanlah towel bersih untuk keringkan brushes tu and make sure bentukkan semula bulu brush tu.

*****

Bila tgk brush collection ni satu je yg pelik. Collection ni xde eye make up brush kan. Why? Ntahla aku bab mata ni pelik skit. Tak confident nak pakai. Amik masa skit. At d moment, aku still tgh belajar eye make up techniques. Even now pun xde ler pandai make up muka ni pun. Ala2 touch up asal jadik je.

So sape nak start make up bole check out MAC Malaysia website ni. Fully recommended make up products dia. Aku suker sangattt. Or sape nak consider beli brushes macam aku ni. Beli sikit2 & yang perlu dulu. Bila dah pandai, huh...invest ler & beli apa ko nak try. Chanel Dior YSL haaa...

Saturday 8 February 2014

Friday 7 Feb 2014!

Today amik annual leave. Motif amik coz nak lepak ngan bff. So kuar umah mcm biasa. So aku sampai Pavi nak kat 10am. So aku sorang je ni. We all janji jumpa 12.30pm. So ari ni sampai Pavi, jalan relax2 je. Aku terus cari port nak bfast so naik atas mkn bfast kat kopitiam ni.



Aku pun order set bfast bihun mangkuk kecik je & kopi ais. Not bad la. Pepagi aku dah berchopstick bagai. Kena alas perut gak eventho satgi nak mkn byk2 ngan dorang. So aku mkn relax2 je. Semua customer kat situ pun mkn relax je. Aikk semua org cuti gak ye. Kakaka.

Abis mkn slow motion bfast tu, aku ingat nak masuk outlet2 kat dalam ni tapi mcm boring coz baru nak warm up mood. So aku pun jalan2 sampai ler ke Sephora.


Kat area fountain ni ramainyer ler org amik gambo. Tapi dah aku sorang2 je. Aku amik ler gambo ni je instead of gambo aku. Pas tu cross d road masuk Sephora. Aku nak survey foundation brush je. So survey itu ini check brush harga bape. Pas tu kuar. Tak beli but dok lama mengsurvey je. Tapi tu aah aku dah tau. Mesti aku nak beli satu brand ni. Apa lagi brand MAC ler. Pas tu aku masuk balik Pavi. Otw nak masuk Pavi nampak ni...


Seriously cantik sgt pokok cherry blossom plastic ni. Org amik gambo kat sini mcm best je. Aku tgk je la. Nak suruh org amik malu la plak. Hehe.

Masuk je aku terus cari MAC outlet. Aku nak beli 2, 3 items je. Aku dok lama gak kat sini. 1st item aku nak cari is lipstick. Last month aku dah aim and dah beli pun lipstick 'Kinda Sexy'. This month aku nak beli lagi satu lipstick. Lipstick ni haaa...


souurce: google/pinterest

Ok ni lipstick 'Snob' by MAC. 

MAC makeup lady yg attend aku tu nama dia x silap Jennie dia ada bagi card waktu bayar tu. Bila aku tanya lipstick tu dia bagitau mmg xde kat MAC. Some items mmg xde jual kat Msia. So frust gak la. Tapi aku beli gak lipstick MAC yg pinky2 colour ala2 nak 'Snob' tu. So dah pick up 1st item kat sini. 

Harga MAC lipstick a bit pricey. RM68. Depends kat kita la. Dulu aku pakai mcm2 brand. Since pakai MAC aku x beli lipstick brand lain dah. Aku stick tu MAC je so far. Tapi aku pas ni teringin nak try brand lain lah. Nanti aku survey2 gi mcm brand NyX ke, Chanel ke...amik ko semua brand mahal x mahal pun aku nak try pas ni.

Then aku pegi section brushes coz nak beli foundation brush dorang. Yang lama tu coz we all sembang pasal products ler. Aku byk tanya pasal brushes kat dia. Tanya itu ini. Dia layan je. Jennie tu cool je. Suker la dia tu.

Finally aku pick up 2nd item foundation brush dia. Kalau tanya harga fuhhh memang mahal uuu. RM160. Tapi ni ler one of item make up dlm wishlist aku. So aku beli dan tercapai hasrat hati selama ni. *muka bangga giler* 

Last item aku beli ialah brush cleanser. RM48. Kalau dah beli brush mahal kena la jaga betul2 kan. 

So ini dia 3 items tu.

So apalagi beli je terus blah. Laju je kaki aku bila dah dpt apa aku nak. Haha.

So kemana? 
Ke Saisaki Wisma UOA Jalan Pinang. Buffet lunch together gether wt 2bff. 

Aku sampai awal la sgt 12.15. Ala 15mins awal. Aku masuk dulu tunggu dorang. Boring2 tu aku #selfie jap.


Ok kalau nak tau ni ler inner neck innara biru sugarscarf yg aku beli dulu tu. Refer entry ni. Memang selesa sgt2. Refer la Sugarscarf website ni. Yang ni aku pakai ngan glitter shawl hajra. 

Aikk dorang ni naper x sampai2 gi. Aku dah lapar ni. Last2 aku bayar & start dulu la. Tak lama pas tu dorang dtg terkedek2...hehe.

Kami pun mkn2 gelak2 gossip2...haha.


We all lepak from 12sth until 3pm. Sampai Saisaki tutup pkl 3 uuu. Buffet lunch dia tu sampai pkl 3. Then tutup sat. Dinner buffet start at 6pm. Kat sini buffet spread dia byk n not bad. Try ler makan kat sini. Pricey skitla tp foods ok. Abis tu we all stroll to KLCC.

To cut story short, we all then watch movie TGV KLCC. Check check last2 we all watch movie ni. "Jack Ryan: Shadow Recruit". Itu pun coz we all tau Kevin Costner & Keira Knightly je. Movie ni ok gak suspense thriller. Memang smart handsome ler weii hero dia. Mata biru. 

Ok itu je ler citer ari jumaat aku. Aku happy, semua happy...