Sunday, 25 January 2015

Resipi #9 Fruit Yogurt Cereal Parfait

Haaa ni excited sangat nak share 1 resepi ni.
Since kite smue baru masuk tahun baru 2015.
So its better untuk share resepi yg healthy.
Lagi satu azam tahun ni nak kurus la katakan.
Hehe...

Ok ni resepinyer.


Kalau sekali tengok eeee ape tu.
Tapi kalau masuk mulut hmmm sedap.
Ok inila dia "Fruit Yogurt Cereal Parfait" aku.
Kalau nak tau ini ler breakfast aku last week.
Isnin sampai Jumaat.
In short ini ler "breakfast-on-d-go" aku.

1. Memang Jimat Duit - kalau tak pagi2 aku beli breakfast kat opis je dah melayang duit tak kurang pun RM5 sure abis nyer. so aku cadangkan korang bawak ni. RM5 x 5 days dah RM25 untuk breakfast seminggu. Itu baru minimum katala RM5 kan. so ini adalah options terbaik yang bole korang follow. serious memang jimat.

2. Simple Resipi - resepi ni memang simple nak sediakan. barang2 nak sediakan pun senang je. Korang cuma perlu beli barang2 ni je.


Ok kat sini ada Yogurt, Special K Kellogg's Cereal and fruits. kalau tengok barang yang dibeli bole dikatakan mahal tapi kita fikirkan satu je khasiatnyer terbaikk. At least badan kite makan benda2 elok dan berkhasiat so that kite bertambah sihat.

3. Healthy Eating Habit - yes, azam tau baru nak kurus. so kenala create healthy eating habits ni. so far aku dah makan ni for breakfast kat opis for 5 days. Korang bole makan dalam kete if letak dalam container yang sesuai macam aku pakai tu. Aku pakai tumbler "Lock-n-Lock" favourite aku ni. at first memang tekak ni rase a bit janggal ackward coz kite kena fine tune taste bud kite. ye la tekak ni asyik nak bihun goreng bihun goreng je pepagi. so tetiba lain plak. hehe. cuma dah lebih 2 days tu taste bud dah bole terima. apa2 pun nak sihat kurus kena la sacrifice sikit kan. dan aku kalau bole nak habit ni berterusan. 

4. Khasiat Fruits - kalau nak tau fruits macam jenis berries ni kan menang elok. aku beli strawberries blueberries and raspberries. ntah aku memang suker fruits camni ciz sedap manis and senang nak handle.

5. Senang Nak Sediakan - haaa bab ni best. kalau nak sediakan. first basuh buah2 tu ikut banyak mane korang nak. pandai2 la korang. then korang letak buah bawah sekali. then layer ngan yogurt sikit and then letak cereal tu. repeat kali kedua. sampai ada layer2 sikit tu dah siapla. tadaaa....

Kesimpulannya if kite makan and sediakan resepi ni. kite akan rasa perut selesa sikit and tak berat sangat pagi2 sebelum buat keje. plus resepi ni bole buat perut tahan sampai nak dekat lunch tau.

ok selain tu last week aku dah start pegi gym balik. dah start balik normal routine. yahooo...aku admit bulan december last year routine gym dah ke laut. so aku restart balik and aku happy with d result so far.

nak tau lebih lanjut bole follow insta aku. basically lots of updates on d latest fitness healthy journey aku post kat situ. 

Thursday, 1 January 2015

Wishlist 2015




Hari ni 1st day 2015. Salam Tahun Baru untuk semua n follower blog ni.

Aku xde nak citer ape cuma nak list down wishlist 2015 aku ni...so that aku stick n cuba capai apa yang x tercapai sebelum ni and add other wishlist baru. Cukupla wishlist beberapa kerat ni. Kalau banyak sangat tak tercapai plak. Kannn...so here goes wishlist aku ni...

1. Be a better muslim, wife and ibu

Aku letak wish ni paling atas sekali. Ntahla semalam last day 2014 aku rase macam sebak hiba sampai ke pagi ni. Aku macam x tau nak cakap camner kat sini. Aku rase macam mungkin selama ni aku cakap je nak improve part ni tapi in fact aku tak buat sebaiknyer.

As to b better muslim kalau bole aku nak improve sikit2. Ada masa tu kadang sembahyang pun x cukup 5 waktu. Sibuk itu ini sampai yang wajib aku x buat. Berdosa aku ni...so aku nak perbaiki diri tahun ni. Cukupkan ape x cukup. Selama ni contoh baca quran yassin bole practicekan nape 2014 jadi kurang plak. Itu aku pun x faham... :( Aku nak this year aku buat better. Aku kena usaha lebih. Amalan kena lebih dan berdoa lebih. Banyak yang aku nak mintak dpd Tuhan tp aku kena usaha lebih spiritual n physical. But first berdoa diberi kesihatan yg sebaiknya so that dapat buat spa yang termampu dengan izin Tuhan. Insyaallah...

Aku pun nak jadi better wife to hubby better ibu to kids. Kesian plak selama ni asyik makan kat luar. Beli tapau je. So this year kalau bole nak masak kat umah kurangkan makan kat luar. Masak weekends if weekdays busy sangat. Aku kena usaha lebih bab2 ni. Aku keje memangla letih kan balik dah tersadai. Aku tension gak keje keje keje...tapi nak buat macam mane kena keje gak...

To hubby n kids...I/ibu mintak maaf sangat2 sebab selama ni mungkin terabai skit sebanyak tanggungjawab...mintak maaf sekali lagi. Dari semalam aku senyap je buat self reflection so that aku be better nak jaga hubby and kids2. Aku x tau ajal maut bile tapi sekurang2nya Tuhan tergerakkan hati perasaan ni untuk betulkan niat aku ni. Actually banyak benda aku nak buat nak improve tapi setakat ni je aku tulis kat sini.

Ya Allah permudahkanlah...

2. Nak lose weight by at least 5kg

Dari dulu sampai now wishlist ni x pernah nak tercapai. Sedey kan...so this year aku kena kuatkan azam aku ni. Kalau boleh aku nak turun gak. Dorang kata kalau nak wish camni elok be specific. So kat sini aku wish sangat turun 5kg at least la ye. Aku nak setla in 6 months time b4 raye bulan 7 nanti berat turun 5kg. Kalau lebih bagusla...raye bole pakai baju cantik2. 

If yang follow blog ni tau yang aku pegi gym kan...awal2 tu aku macam gym addict tau...rajin kobar2. Tapi lately sejak trip korea ari tu aku dah kurang plus fitness gym buddy aku dah pegi ipoh ikut hubby. Tak best...aku ade pegi 2x last week. This week tak pegi...ntahla patut continue ke tak gym membership ni then buat beli equipment 4 home gym ke kan. But then aku still x decide camner. Yang aku tau aku kena turunkan gak berat aku ni.

3. Family holiday pegi Singapore

Aku rase this year 2015 aku kena improve family bonding. So aku ada terfikir bonus bulan 3 or 4 dapat nanti nak save untuk trip ke Singapore ni. Trip tu yg main thing is nak ke USS Singapore la. Sepatutnye last year nak pegi tp x kesampaian. Wish this year dapat pegi sefamily. Baby H pun dah masuk 3 years kalau pegi aku target hujung tahun ni bulan Nov or Dec ke.

4. BFF trip to Melbourne Ozzie

Trip ozzie ni ialah trip pompuan2 je. Trip BFF namenyer, aku ngan 2 org BFF je pegi. Tiga orang kami la semuanyer ye. So plannyer nak pegi bulan 8. So trip ni if possible aku kena buat savings every month. Katala flight tix dalam RM800...so aku dah kena start buat simpanan dalam RM200 (dec - march). Kalau beli flight tix awal pandai2 la we all carik duit lepaskan flight tix dulu. 

Then next untuk accomodation travel car rental foods shopping semua tu aku akan start savings gak. Contohnya kalau pegi 5 to 7 days aku budget acco and travel tu sorang dalam RM100. Cost share 3 orang consider okla jugak kan. Kalau 5 days dua2 cost tu total RM1000. So for benda2 lain makan shopping etc tu kan subjective sikit so pandai2la aku buat saving from now on.

Kalau nak bagi cantik plan, aku kena simpan duit 4 flight tix, acco and travel cost dalam RM1800. Kira RM2000 la senang. So aku kena save dalam RM250 sebulan. Kalau ada lebih saving tu pegi untuk part foods n shopping. Kalau nak lebih cantik lagi, bonus dapat bulan 3 or 4 ni trus put aside some amount for foods shopping tadi tu kan. Ye tak?

Why aku nak pegi Ozzie? Actually dulu waktu belajar x kesampaian nak sambung study overseas. Time nak pegi tu tahun tu ekonomi gawat. Asian financial crisis. Huhu sedey...

So aku simpan cita2 nak pegi gak suatu hari nanti. Insyaallah kalau tuhan permudahkan sampaila aku nanti. And hope gak trip ni menjadi pegi bertiga dapatla budget travel sikit kan. 

Why Melbourne...not tempat lain...ntahla maybe BFF aku sorang ni dah pernah pegi. And die nak pegi lagi so I follow je la. Lagi satu sebab highlight of d trip nak ke Great Ocean Road (GOR) kot. Tempat tu kan one of d amazing place...so please google if nak tau lebih lanjut. Hehe. Plus nak pegi tengok penguin kangaroo koalas etc. Nak shopping corelle pyrex fossil oroton semuala...mak aiii..

Ok in short simpan cita2 nak pegi melbourne ni baik2...simpan cuti keje sebaiknya gak...jangan lupa buat saving every month. Bonus dapat jangan joli katak kena simpan for trip melbourne ni so that pegi nanti dapat buat ikut plan and enjoy sepuasnya.

5. Family holiday pegi mana2 island kat Mesia

Ok ni another family trip yang aku wish sangat we all dapat pegi. Actually kalau nak cakap pasal island kan...we all ni betul2 jarang la nak terpikir pasal trip island2 ni. Macam x bape masuk skit trip2 camni. Entahla...tapi sejak pegi Pulau Langkawi ari tu macam best je. Tapi time tu we all dok kat area Kuah town. Best tu best tp maybe town area macam x kesampaian feeling pantai2. Even tho dok kat De Baron hotel tu ngadap laut tapi teringin nak dok kat Pantai Cenang ke kann...tapi hubby x nak repeat trip Langkawi...

Tapi takpela kite carik island2 lain dalam mesia ni kan. Ada lagi yang best. Lagi satu teringat sangat camner d kids happy especially Baby H kat Langkawi. Ngan angin sepoi2 bahasa...relax je lepas tangan bagi die jalan2 strolling...

So trip ni pun nak manfaatkan duit bonus nanti. Penat2 keje at least duit bonus untuk family bonding tak rugi ke mana daripada perabis x tentu pasal kat benda2 lain. Hope wish ni tercapai...

ok itu je...happy 2015 u all.

Saturday, 20 December 2014

Cerite Sesaje...

Semalam lunch makan kat Pizza Hut.
Actually nak makan Nando's tp ramai orang.
So tukar plan. At last fikir punye fikir makan kat Pizza Hut je la. Ok ape Pizza Hut lagipun lame x try. 

So bile check2 menu die. Tertarik nak makan menu baru ni...Chicken Pesto Spaghetti. So sebelum makan harusla amik gambar dulu kan...


Nape ngan shawl aku ni. Macam pelik je. My ofismate cakap ok macam CtDK uuu...hahhaa...aku cakap aku pakai je ikut sedap tangan. Belit terbelit jadikla camni...takde ler teruk kan...

Kadang2 tudung ke shawl ke pakai je ikut style ape. Jangan nak rigid sangat satgi x jadik plak. Ikut je kreativiti memasing asalkan selesa.

So semalam aku try menu tu not bad sedappp. Dah lapar so makan je la. Rase kalau nak try Chicken Pesto Spaghetti bole try kat Ben's gak. Bole tahan gak...

Tapi bile sampai umah time dinner...perot dah x tahan lapooo...aku ni kadang2 perot bole tahan if lunch x makan nasi tapi ade mase x tahan...tu yang last nite lapo sampai makan nasi and tom yamm...wahhh kenyang...

Okla nak citer tu ajeee...gatai nak update sangattt...

Hehe...happy weekends semua...

Saturday, 13 December 2014

Aku Tak Sihat

Ari ni Sabtu. Satu ari aku x kuar. Dari pagi ke petang aku dok baring je. Aku x sihat. Aku xde mood. Aku x sedap badan. Aku x sedap perut. Aku rasa nak marah. Aku letih. Aku xde selera nak makan. Aku boring. Aku bosan. Same la tu kan.

Aku macam menyampah kat diri sendiri. Ntah aku x tau naper. Aku x makan malas makan ubat. Semua aku x buat. Aku lemah badan. Aku x suker aku camni.

Aku nak buat camner. Masa makan aku semua lari. Rutin nak kemas umah itu ini pun tak buat. Aku stress laaa.

Malam ni hubby beli dinner yong tau foo. Aku rase sikit la bagi alas perut. Tapi paling selera kat tekak ni je bile makan fruit mix bowl. Ala aku potong buah ape yg ada dlm fridge then aku squeeze lime on top. Itu jeee...


Aku rase makan camni lagi ok. Just that lime tu tersqueeze lebih. So masam sikit. Makan camni dapat increase fruit intake n vitamin dalam body kan....

Dalam keadaan ni hubby yg banyak tolong today. Trima kasih sangat la kat hubby. Hope sangat esok feel better. Aku ni bile dah sakit camni baru terfikir nak kemas itu ini. Itula manusia/aku ni bila waktu senang kite leka. Tangguh itu ini. Bila sakit sibuk nak buat kan.

Xpela aku trima redha tuhan bagi sakit nak buat camner. Aku kena sabar tuhan bagi dugaan sakit camni ye tak...

Semoga esok lusa dan seterusnye tuhan permudahkan segala urusan.

Insyaallah...

Tuesday, 9 December 2014

Birthday Hubby #091214

Ok. 
Ni nak citer pasal birthday hubby 2day. Citernyer start pagi ni. Tapi start yg x bape nak best sangat. 

Nak buat citer. Bangun dah awal. Then buat ler sup ayam untuk Baby H. Bahan2 ayam n segalanya dah ready malam sebelumnyer. Tinggal bawang2 halia je nak hiris pagi ni Semua campak2 je. 

Hubby mandi. Then aku mandi. Then siap yg patut2 macam biaser. 

Pagi ni plak aku sibuk nak buat toast wt peanut butter. Simple je breakfast aku. Hubby jenis yg x kisah. Ada ke takde breakfast die ok je. Sempoi kan hubby aku. Birthday ke x die x kisah. Bawak kete jalan trus. No hal la takat breakfast je. Hehe...

Tapi waktu nak antar Baby H kat babysitter...aku ni macam tetiba ter'mood' x okay plak. Ntah nape...Then terbawak2 dalam kete then make up pakai tudung dalam kete macam ape ler. Hubby cool je xde perasaan. Die dah faham sangat2 tu...kalau nak peripd camni ler...Dalam hati hubby mesti kutuk aku giler2. Mane x birthday die pun aku buat moody...huhu...

Tapi sampai opis aku ok je...buat keje macam biasa. Then tetiba boss aku sound kitaorg pasal semalam. Rupanyer boss kitaorang kena sound ngan big boss sebab we all huha huha time die xde. Pagi2 dah kena dahhh...sabar he la. Tapi lumrah alam time boss xde ler kite memekak...ye takkkk...haissshhh...spoil mood kitaorang pepagi laaa...

Tapi aku malas nak fikir sangat la. Buat bodo je laaa...even buat bodo camner pun still mood dah ke lauttt...

Balik opis aku kena adakan mood gak sebab ari ni birthday hubby. So pegi KLCC carik Cake Sense kedai kek kat tepi Nando's tu beli kek.

Ni kek dieee...


Kalau nak tau cake ni name die Peach Lemon x silap. Aku pakai rembat je la sebab hubby dah tunggu kat depan H&M KLCC. Price die RM40. Standard KLCC ler ape nak buatt...

Masuk kete letak cake tengok hubby macam terharu je. Ye la orang beli cake maaa....

Sampai umah citer dinner plak. Tanya hubby nak makan ape. Die cakap nak makan toast bread letak ape2 je. Alahaiiii birthday boy x nak special dinner. Ikut je laa...

So dinner we all so sempoi...ni diee...


Scrambled egg on toast plus cherry toms plus apple sikit. Simple and healthy kannnn....

So morale of d story today...

1. Jgn nak mood sgt and respect special day orang.
2. Pagi2 kalau dah orang bagi spoil...jangan la nak sentap sangat yeee...
3. Sabar dalam segala hal. Bukan sesuatu yg senang tp sure bole buat if kuatkan or setkan mind tu.
4. Ada masa surprisekan la orang2 tersayang disekeliling kita.

Okla tu je yg aku bole fikir...dahhhh...nak tido esok bukak buku baru citer baru semangat baru.

Nite nite semua...

Sunday, 7 December 2014

Resipi #8 Spaghetti Prawn Olio Simple

Dah lame x share update resepi kan. Apa kata ari ni aku share satu resepi yg simple. Senang sangat nak buat...resepi ni simple yang amat. Cepat nak buat tu satu. Bahan2 pun senang nak sediakan. Kalau nak tau lebih lanjut silalah baca kat bawah ni buat yg sudi ye.

So inila dia resepi 'Prawn Aglio Olio'...


Actually aku carik2 dalam internet ternampak la resepi ni. Resepi ni dapat daripada blog 'Azie Kitchen' ni. Bole refer kat sini.

Mula2 macam biasa la kite masak spaghetti tu. Ada arahan kat paket spaghetti refer je la ye. Untuk resepi ni guna d whole paket. 1 paket tu dlm 500gram. Ntah kalau ikut blog Kak Azie tu die masak 3/4. Tapi aku masak macam normal je. Aku pun tak tau macam mana 3/4 tu...hehe...maklumla kite bukannyer pandai sangat masak. Ini pun tiba2 terajin nak plak teringin nak makan sangat...

Untuk prawn tu...aku guna tiger prawn size sederhana. Dalam 16 ketul cam tu la. Prawn macam biasa kopek dan cuci bersih. Toskan.

Then sementara pasta nak masak. Aku sediakan bahan2 rencah yg sepatutnyer. Simple je cuma aku hiris nipis bawang putih dalam 6 ulas. Pas tu aku amik cilI kering dalam 5 atau 6 tangkai aku gunting dalam 1cm or 2cm. 

Then baru start masak...panaskan kuali dan letak minyak zaitun. Tips penting disini,...carik minyak zaitun yg tulis untuk cooking or deep fry. Jgn carik yg untuk salad dressing etc. 

So next bile dah panas minyak. Ok goreng bawang putih and x lama tu masukkan cili kering yg dah dipotong tadi. Goreng bila dah agak2 nak garing...letak 1 kiub stok ayam size kecik. Tapi jangan letak kiub terus. Kiub tu perlu dicampur dgn air sikit dan kacau sebati. Lupa yg ni sediakan awal2 tadi. 

So terus masukkan campuran kiub tu kedalam kuali. Then masukkan udang n goreng sampai udang masak. Masukkan spaghetti tadi dan kacau rata. Perasakan dengan garam & black pepper. Black pepper tu letak tak banyak pun asal ada pedas2 sikit.

Yang penting bila nak serve tu kalau nak lebih pedas...letakla chili flakes baru terangkat. Kalau nak cantik lagi letakla daun parsley.

Hmmm hubby n anak2 cakap sedap n pedas. Mane x nyer cili kering tu jenis yg pedas. Tu yg terangkat tu plus letak chilli flakes. Bergelen2 la minum air sebab pedas.

Dah siappp...selamat mencuba.

Saturday, 6 December 2014

Hujung Minggu Makan Kedai Mamak

Lately everytime weekend je malas nak masak. Ntahla nape ngan aku. Sometimes ada weekend yg aku ok. Full of energy. Ada weekend yg aku malas nak baring relax2 je. 

Dah 2 ke 3 minggu camni. Minggu lepas jangan cakapla sb dah naik Bukit Broga ari sabtu so trus la dr sabtu ke ahad aku rehat je. Hmmmm nak buat camner...mak pemalas nak oooiii....hehe...

Bukan nak bukak pekung sendiri tp aku rasa ada ibu2 pun macam aku kot. Ada minggu badan letih sgt2 nak masak pun x larat. Aku ni kadang2 ari sabtu memang x larat sungguh tp sb dah puas rehat then ari ahad baru sibuk kemas masak bagai. Baru menggelabah sb esok isnin start keje. Macam tu la tiap2 minggu. Kalau terajin tu alhamdulillah la ye...


Ni pic pagi ni sabtu...kat kedai mamak.
Bile tgk pic ni kalau nak sedap ati bgtau diri yg alhamdulillah Baby H sihat berselera bila makan. Kalau roti telur tu suker die. Tapi bagi nasi die x nak plak.  Sudaahh..

Tapi d other side of story aku rase sedey sb aku malas nak masak ari ni. Esok x tau kalau rajin masak ler kan. Sometimes aku rase aku bukan ibu yg baik utk dorang. Ada ibu yg masak tiap2 ari. Aku memang tabikla. Aku mungkin x serajin dorang la tp aku tau satu aku x abaikan dorang. Aku amik berat tentang dorang. Sometimes betul aku admit aku penat keje. Tapi aku kena keje gak. Nak kerja untuk family n nak bagi mak aku duit tiap2 bulan. Arwah abah baru setahun xde. Aku la tempat mak mengadu nak beli or bayar ape2. Yakkan nak harap duit husband bagi mak duit. Macsm x kena kan. Tak best cam tu....

Tapi xpela aku bersabar minggu ni. Biar kuatkan diri dulu n then bersemangat untuk minggu depan. Ye tak...

To anak2 ibu...maafkan ibu sb x dpt nak masak macam sebelum2 ni...insyaallah ibu akan lebih ceria n bersemangat esok lusa seterusnyer...


Make Up Korea Beli Kat Korea

Hari tu kat opis ramai tanyer aku pakai make up ape...nampak sweet dorang kata...eee ye kee sweett...haha poyo...aku cakap xde pe la make up biase2 je...

Kang aku bagitau plak orang kata poyos nak mampus...iyeee kat opis ni politiknyer lain. Kalau cakap betul pun susah cakap salah pun susah. Itu namenyer politik opisan...haha...ada orang kite bgtau ape2 reaction normal neutral. Ada orang kite bgtau reaction nyer mengalahkan org yg bgtau sampai terpeleot citer sebenar. Ye dakkkk...

Haha.

Ape pun lantakla depa tu. Kita buat x tau je la ye. Lagi senang kan. Buat pe nak buat dosa ni...

Ok pasal make up tadi ni nak citer ni. Kalau sesape terbaca entry sebelum ni aku ada bgtau aku suker make up from MAC. Ntah nape aku dah terbiasa beli since 2014 gi. MAC ni ok a bit pricey tp quality ada itu penting. Tapi aku still beli n pakai gi.

So dipendekkan citer ari tu trip seoul aku ada beli brg2 make up sikit. Aku nak borong kat sana tp sb takut duit habis kat situ smua. Aku terpaksa budget part beli make up ni. Ye la org pompuan dapat make up abis ko. Plak tu kat seoul ni banyak noooo kedai make up...Tony Molly, Hollika Hollika apa lagi mak aiii mcam2 aku pun x ingat. Setengah brand ade kat Mesia. Setengah xde.

Disebabkan xde le aku telah terjebak membeli. Haaaa ni diee brg2 tu...sikit je la...


Ada 3 items kan.
1 yang apple size tu kalau nak tau tu hand cream. Serious cute kan. Bile apply kat tangan memang puas hati tangan jadik lembut smooth je. Pas tu bau apple tu huuu wangi tangan.

Then yang macam compact powder tu name die luminious highlighter. Ni pun puas hati beli. Routine aku bila dah apply semua make up then aku apply highlighter ni kat area muka yang can catches sunlight. So bila dah apply muka jadik macam lain la. Lebih bersinar skit. Actually more tu nampak fresh n glowy cam tu. 

Ok d highlight of 3 item ni mestila item last tu. Itu kotak die. So bile keluar korang nampak kan bekas hitam tu. Inila CC Cream itu nama product tu. CC cream ni serious sangat2 puas hati. Aku at 1st ada doubt gak la waktu nak pakai tu. Tapi bile pakai mak aiii smooth je cream die. CC cream ni kiranyer foundation la. 

Sape yg giler make up sure tau macam2 cream kat market. BB cream, CC cream la...macam2 cuma sesuai ke x kat muka kite.

Produk 3 yg aku cakap tu actually brand THE SAEM. Kalau nak tau G-D Big Bang yg endorse product ni. Waktu tgk commercial slot die kat tv and kedai kat korea nak tergelak betul sb G-D dlm commercial tu nampak macam ala2 lembut hehe...

So hasilnyer kalau guna 2 product tu muka nampak macam ni...


For info pic ni smue x filter x edit ye. 
So ni natural look guna brand ni. Aku tiap2 ari guna gi kerja. Sgt2 berpuas hati. Kalau abis x tau nak beli kat mane la plak...

So sesape suker beli n carik la yer. Aku x tau kat Mesia nak beli kat ner. Sape pegi korea plak pls bgtau ye nak tumpang order...

Haha

Wednesday, 3 December 2014

Jom Start Balik Habit Membaca

Since balik holidays from Seoul ari tu...berkobar2la baca buku. Oh no no...actually b4 pegi Seoul lagi dah berkobar2...

Nak citer pasal Seoul still x sempat lagi hish hish asyik bertangguh je nak citer. Xpela akan ku cari masa sesuai and update trip tuuuu.

Ok bukan nak poyos kat sini. Tapi aku memang suker membaca...esp baca magazine. Berlambak magazine kat umah tinggal nak buang je. Haha...So during that trip to and fro aku sibuk baca buku ni. 


Bukan buku tapi novel la...ok novel ni kalau nak tau dah turn to movie tau. Movie die aku dah tengok gak. Baru gak la abis kat cinema. Movie title die 'Love, Rosie' kalau novel die tajuk 'Where Rainbows End'. Tapi aku prefer lagi novel die. Storyline tu consider okla. Not bad...author dia Cecelia Ahern.

Apa yang aku learn from d novel ni ialah...

1. 1 simple mistake can lead 2 disaster
2. everything happens 4 a reason
3. true friendship is hard 2 find
4. enjoy motherhood no matter what it takes
5. be true 2 yourself
6. no regrets in life

Actually 1st novel die yang aku beli ialah 'P. S. I Love U'. Novel ni best sangat. Ni pun turn 2 movie with d same title. Movie die best. Seriously best...pegi la carik. Serious x rugi beli...

Dalam nak update2 ni tiba2 terfikir satu ni...kan best if kite bole buat habit membaca ni berterusan. Selalunya b4 ni kalau beli novel ke apa ke mesti baca halfway. Then ntah mane buku tu. For info novel kat atas tu aku amik masa dalam 1 month. Trip Seoul pegi 23 Oct start baca dalam flight and finally 23 Nov dah abis baca. Not bad kannn...

Ok rasenyer starting from now on nak start buat resolution at least in 1 month or 2 months time baca novel. So dalam setahun at least 6 novels or maximum 12 novels. Acehhh ok x...

Aku pun dah beli another novel from d same author.

Next entry bole update...

Sunday, 30 November 2014

Jom Hiking Sihatkan Diri Kat Broga!

Excited punyer pasal terus nak update pasal trip hiking pegi Broga pagi ni. So sape nak sampai ke puncak Broga macam ni? Kalau teringin nak hike di Broga jom baca entry ni...



Kalau nak tau we all pegi tolak ke Broga from KL dalam pukul 3.30 pagi. So we all sampai Broga pukul 5.15 pagi camtu. Plan asal dalam 6 ke 7 orang nak join. Tengok yang jadik pegi 3 orang je. Ni le janji melayu orang kata. Podahhh...

So trip diteruskan gak la. Semangat wooo. 1st time la katakan. Lupa bagitau we all ni semua pompuan tau ala2 Charlie's Angel tuu...

Sampai je sana terus parking keta tengok dah ada keta parking dah. Tu pukul 5 pagi tu. For info, sape2 pegi Broga bole parking kat area bawah bukit tu area kelapa sawit tau.

So parking la we all kat situ. Kena bayar RM2 parking. Aku tanya cina yang jaga tu pukul bape die start jaga parking ni. Die bagitau dr pukul 3 pagi. Rupa2nyer dah ada orang naik dah pukul 3 pagi koo....Seriau la plak. Nape dorang datang awal lerr sangattt...eee x takut kerr...

Lepas parking keta pegi tandas dulu clear tank. Kalau terberak terkencing kan sudah nanti. Toilet bayaran RM1 ok. Amik kooo....

Satu lagi problem we all xde torchlight. Nasib ada orang jual kat situ. Beli torchlight yang letak kat kepala tu. Harga RM20. Belasah la asalkan selamat kita naik. Memang time tu memang gelap gelita.

Then terus start hike. We all bertiga buat warm up dulu. Takut la kan kalau ape2. Bila start hike...depan we all ada 1 group ni 1 laki 2 pompuan. Belakang we all ada 1 group dlm 10 orang laki. Dorang ramai and bising je. Pok pek pok pek. Bestla ada dorang gak. So dalam kegelapan tu x terasa sunyi je. My advice kalau pegi awal better join group lain yang sampai and start same2. Tak terasa cuak sangat pagi2 buta tu.

So next we all hike n hike. Ada tempat landai ada tempat membukit. Ada yang susah sikit ada yang senang. Time tu gelap kan. So guna torchlight tengok trail. Kena hati2 sebab bole jatuh ke tepi. That is way kena ada torchlight. 

Ada masa2 tu we all stop bila tempat tu landai. We all rehat dalam 5mins cam tu. Then continue. Since ni 1st time x nak la paksa diri. Hike n hike. Penat relax berhenti and try catch breath tarik nafas kita. Then continue...

We all stop kat Pit Stop 1 then Pit Stop 2...

Then tengok2 dah sampai peak of Broga Hill. Sampai atas nampak view ni.



Kalau nak tau time ni pukul 6.30 pagi. Gambar no filter ni cantikkann...

Time ni dah ramai gak la kat atas puncak bukit ni. Space a bit limited tapi seronok tengok ramai2 berkumpul situ. 



Bagusla ada aktiviti riadah camni. Atas ni tak bole nak solat. Kalau solat ada area sebelum sampai puncak sebab ada kawasan landai tadi. We all x solat pun x yakin. Waktu naik tu pun perut x selesa. Rasa berangin je. Hehe.

Time kat atas tu nak amik pic pun gelap. Ni haa muka x nampak...gigi je...



D most important naik atas ni. Wajib amik pic kat papan tanda die ni.



Actually selain nak hike orang naik ni nak witness sunrise. Subhanallah cantik viewnyer..speechless..breathtaking..so another wishlist checked this year. Alhamdulillah...


Lepas abis pose kat puncak Broga then we all start turun dalam 7.10 pagi. Kalau turun lambat nanti panas plak...plus akan makin ramai orang nanti. So turunla we all...

Bila turun bawah matahari dah makin naik. Dapat amik pic bawah ni puas hati suker pic sunrise camni...


Tapi paling aku suker gak pic bawah ni. Rasa best sangat. Muka happy. View belakang best. Warna plak hijau2. Fuhh sukerrr...terbaekkkk.


Okla dah x larat nak citer. 


Tapi kalau nak tau naik hike Broga ni best xperience. Dalam usia macam ni naik bukit and dengan misi nak kuruskan badan consider bagus. Penat la skit for 1st timer macam aku ni. Kalau selalu 4 sure no hal la kan. Betul tak...

So sesape terbaca entry ni my advice pegila try naik Broga. Pegi ngan boyfren ke family ke kawan2 ke...sure enjoynyer la...

Selamat hiking...