Sunday, 30 November 2014

Jom Hiking Sihatkan Diri Kat Broga!

Excited punyer pasal terus nak update pasal trip hiking pegi Broga pagi ni. So sape nak sampai ke puncak Broga macam ni? Kalau teringin nak hike di Broga jom baca entry ni...



Kalau nak tau we all pegi tolak ke Broga from KL dalam pukul 3.30 pagi. So we all sampai Broga pukul 5.15 pagi camtu. Plan asal dalam 6 ke 7 orang nak join. Tengok yang jadik pegi 3 orang je. Ni le janji melayu orang kata. Podahhh...

So trip diteruskan gak la. Semangat wooo. 1st time la katakan. Lupa bagitau we all ni semua pompuan tau ala2 Charlie's Angel tuu...

Sampai je sana terus parking keta tengok dah ada keta parking dah. Tu pukul 5 pagi tu. For info, sape2 pegi Broga bole parking kat area bawah bukit tu area kelapa sawit tau.

So parking la we all kat situ. Kena bayar RM2 parking. Aku tanya cina yang jaga tu pukul bape die start jaga parking ni. Die bagitau dr pukul 3 pagi. Rupa2nyer dah ada orang naik dah pukul 3 pagi koo....Seriau la plak. Nape dorang datang awal lerr sangattt...eee x takut kerr...

Lepas parking keta pegi tandas dulu clear tank. Kalau terberak terkencing kan sudah nanti. Toilet bayaran RM1 ok. Amik kooo....

Satu lagi problem we all xde torchlight. Nasib ada orang jual kat situ. Beli torchlight yang letak kat kepala tu. Harga RM20. Belasah la asalkan selamat kita naik. Memang time tu memang gelap gelita.

Then terus start hike. We all bertiga buat warm up dulu. Takut la kan kalau ape2. Bila start hike...depan we all ada 1 group ni 1 laki 2 pompuan. Belakang we all ada 1 group dlm 10 orang laki. Dorang ramai and bising je. Pok pek pok pek. Bestla ada dorang gak. So dalam kegelapan tu x terasa sunyi je. My advice kalau pegi awal better join group lain yang sampai and start same2. Tak terasa cuak sangat pagi2 buta tu.

So next we all hike n hike. Ada tempat landai ada tempat membukit. Ada yang susah sikit ada yang senang. Time tu gelap kan. So guna torchlight tengok trail. Kena hati2 sebab bole jatuh ke tepi. That is way kena ada torchlight. 

Ada masa2 tu we all stop bila tempat tu landai. We all rehat dalam 5mins cam tu. Then continue. Since ni 1st time x nak la paksa diri. Hike n hike. Penat relax berhenti and try catch breath tarik nafas kita. Then continue...

We all stop kat Pit Stop 1 then Pit Stop 2...

Then tengok2 dah sampai peak of Broga Hill. Sampai atas nampak view ni.



Kalau nak tau time ni pukul 6.30 pagi. Gambar no filter ni cantikkann...

Time ni dah ramai gak la kat atas puncak bukit ni. Space a bit limited tapi seronok tengok ramai2 berkumpul situ. 



Bagusla ada aktiviti riadah camni. Atas ni tak bole nak solat. Kalau solat ada area sebelum sampai puncak sebab ada kawasan landai tadi. We all x solat pun x yakin. Waktu naik tu pun perut x selesa. Rasa berangin je. Hehe.

Time kat atas tu nak amik pic pun gelap. Ni haa muka x nampak...gigi je...



D most important naik atas ni. Wajib amik pic kat papan tanda die ni.



Actually selain nak hike orang naik ni nak witness sunrise. Subhanallah cantik viewnyer..speechless..breathtaking..so another wishlist checked this year. Alhamdulillah...


Lepas abis pose kat puncak Broga then we all start turun dalam 7.10 pagi. Kalau turun lambat nanti panas plak...plus akan makin ramai orang nanti. So turunla we all...

Bila turun bawah matahari dah makin naik. Dapat amik pic bawah ni puas hati suker pic sunrise camni...


Tapi paling aku suker gak pic bawah ni. Rasa best sangat. Muka happy. View belakang best. Warna plak hijau2. Fuhh sukerrr...terbaekkkk.


Okla dah x larat nak citer. 


Tapi kalau nak tau naik hike Broga ni best xperience. Dalam usia macam ni naik bukit and dengan misi nak kuruskan badan consider bagus. Penat la skit for 1st timer macam aku ni. Kalau selalu 4 sure no hal la kan. Betul tak...

So sesape terbaca entry ni my advice pegila try naik Broga. Pegi ngan boyfren ke family ke kawan2 ke...sure enjoynyer la...

Selamat hiking...

Thursday, 27 November 2014

Citer Weekend Kami

Hmmm...dah lama x update blog. Seriously memang malas giler. Citer pasal gym pun dah ke mane. Ni tahap malas 2 d max betul ni. So x tau nak start dari mane. Plus dah lama x citer pasal Baby H. Ok nak citer ni. Baby H now dah masuk 2 tahun 2 bulan dah. Cepatnyer masa berlalu. Tup tap Baby H dah besar kan.

Tadaa...ni Baby H tgh bz makannn...



Just nak update weekend baru2 ni. Pagi dlm pukul 10am we all terus pegi breakfast. Teringin nak makan roti canai. So order la 3 roti telur. Abang sorang 1. Ibu plak share ngan Baby H. Hubby pegi outstation. Huhu.

We all ni jarang kuar breakfast. Dah lama xde aktiviti breakfast macam ni. Lama sangat2 rasanyer. B4 Baby H ada pun memang susah la nak ajak abang2 pegi breakfast. Ada ler 2 3 occasions pegi breakfast ngan hubby time rajin dulu b4 Baby H ada. So pagi tu rase excited sangat. Siap pun cincai2 je asalkan dapat pegi. 

As for Baby H die pun macam pelik je. Ibu nak bawak pegi mane ni. Hehe. Rupanyer kedai mamak kat area umah. Oohhhh...

Nasib la Baby H ok. At first takutla kot2 die nak lari2 ke sana sini kannn. Nasib ok fuhhhhh lega. Now die dah x duduk dalam baby chair. Dah beso la katakan. 

Dia excited sangat tengok ni...




Sometimes bila makan terus masuk semua. Kita pulak yang takut. Tengok die suker makan roti telur tu. 







Macam ni ler die ye makan. Makan bangun jalan2. Pas tu tengok tv. Pas tu pok pek pok pek die. Mulut muncung. Hehe...

As a mum...kita mesti happy tengok anak suka makan. Tak memilih makan etc. Alhamdulillah Baby H since small till now ok...senang nak feed him anything.

Kenyang perut breakfast then we all pegi singgah Giant. Saje main2 kat situ. 


Kat Giant ni okla...at least something for kids. Abang2 main Baby H pun pandai main. Main sorang2. Die dah besar dah. Ibu tengok je tiga2 main. Seronok sangat. Kadang tu terlintas dalam hati ni...eee aku xde anak pompuan yeeee...

That week gak my mum or atok mak datang saje nak tengok cucu2 die...lagipun die x sihat sangat lately ni. So nak bagi die ceria suruhla die datang umah. Main ngan Baby H bole la terubat sikit sakit. Bile die layan n gelak2 hilangla rase sakit tu kan...

That day lepas amik atok mak n mak long terus bawak pegi McD BU. Situ best coz spacious n sedap. Plus ada baby play area. McD kena tengok tempat some place xde baby areas. So we all dah lapar sangat plak petang tu hujan so makan ape je plus atok mak bole makan fillet. Lembut soft food untuk die.


Bile tengok pic atas ni 1st nampak macam kelaparan abis kan. Actually bila tengok betul2 baru perasan yang mak dah tua. Mak long pun sama. Baby H plak dah makin besar. Dah nampak sangat2 dah kan. Pandai dah makan dok sebelah camtu. Lately ni mak pun selalu x sihat. Risau tengok die. Harap dan doa memang n semua diberikan kesihatan lebih baik. Insyaallah...

Ok itu je la citer weekend hari sabtu je ni. Nak citer hari ahad x larat la plak. At least dapat gak update something dalam blog ni.

Hehe.

Sunday, 9 November 2014

#QueeneFitness: Day 37 & 38 - 9th and 10th BB Class

Date: 30 Oct (Thurs) & 6 Nov (Thurs)

assalamualaikum
heee lamenyer x update blog
dah almost sebulan
reason being sb busy pre-holidays prep
and sambung plak holidays 1 week
then sambung plak letih balik holiday ari tu
ini pun x hilang letih
huhu

ok sebelum blog ni terkubur
elok la rajin kan diri update mane patut
so ni update utk body balance class last week and this week
actually xde ape sgt nak update pun
cuma bb class on 30 tu rasa pancit
mana x nyer br balik holiday then thurs tu buat bb class ni
terasa la kepenatannyer tu
pas tu aku lena flu weekend tu
tu yang bb class tues x pegi
then terus sambung thurs class baru2 ni

bagi aku bb classs ni dah mcm wajib
maybe sb aku enjoy d class
aku rasa seronok sgt buat class ni
bila holidays ari tu teringat2 class
tapi cool je la
abis cuti sambung class balik ye tak

actually class ni baru buat dlm 10x
tapi dah bole nampak class ni can tone body
serious those regular class ni
bole nampak dah how toned body dorang
rase jeles plak bile la bole dpt body cam tu
tp d most important kena consistent
kalau bole buat 3x a week
if not 2x pun ok gak

tatau nak update ape gi
nak tempek gambo latest je la


okla till next entry...